Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

Pada 17 Nov 2011, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 telah dianjurkan dengan kerjasama PIBG SK Bukit Raya. Sambutan yang amat menggalakkan oleh ibubapa dan para pelajar, di mana dianggarkan 300 orang telah hadir. Pelbagai acara diadakan selain dari penyampaian cenderahati, sijil dan pingat kepada pelbagai kategori, seperti chorus speaking, tarian, nyanyian dan persembahan muzikal oleh pelajar sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Aziz, NYDP PIBG SK Bukit Raya. Turut menerima anugerah ialah bekas pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2010.

Tuan / Puan,

 JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

ANJURAN PIBG SK BUKIT RAYA SESI 2011

 

Sukacita dimaklumkan pihak PIBG SK Bukit Raya menjemput tuan/puan menghadirkan diri ke Program Gotong-Royong Perdana SK Bukit Raya sesi 2011.  Butiran adalah seperti beriktu :

 

                   Tarikh         :  21 Mei 2011

                   Hari            :  Sabtu

Masa           :  8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ( sarapan pagi

                      dan makan tengah hari disediakan )

Tempat        : SK Bukit Raya

 

2.       Justeru itu, diminta tuan/puan membawa bersama peralatan yang diperlukan seperti parang, sabit, tukul besi, gergaji dan seumpamanya untuk membersihkan kawasan sekolah dan persekitarannya.

 

3.       Diharap kehadiran tuan/puan dapat menjayakan program Gotong-Royong Perdana sesi 2011.

Ibubapa/Penjaga Pelajar SK Bukit Raya:

 

MESYUARAT AGUNG  PIBG SK BUKIT RAYA KALI KE-13

 

Dengan sukacita perkara di atas dirujuk.

 

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Bukit Raya akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 pada ketepatan berikut:

                       

Hari      : Ahad

                        Tarikh   : 16.01.2011

                        Masa    : 9.00 pagi

                        Tempat : Dataran Intelek SK. Bukit Raya.

 

2.   Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat hadir dan seterusnya memberikan komitmen yang sewajarnya bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 ini.

 

 

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

 

 

“ BERSAMA MEMBANGUNKAN MODAL INSAN “

 

Yang Menjalankan Tugas,

 

 

…………………………….............

(PN. HANINADIA BT MOOIS)

Setiausaha PIBG

SK Bukit Raya 2010/2011

_____________________________________________________________________________________________________________________________

Kem Motivasi Bimbingan Kasih 3 (BINGKAS 3) akan diadakan dari 9 hingga 11 Julai 2010

Para peserta diminta mendaftarkan diri di Kantin SK Bukit Raya pada 9 Julai mulai pukul 2.30 hingga 3.00 petang.  Sila bawa bersama keperluan berikut:

a.       Alat tulis, seperti buku nota, pen/pencil, dsb.

b.      Pakaian – pakaian harian, pakaian sukan, pakaian seragam, pakaian sembahyang dan sejadah

c.       Kelengkapan malam – alas tidur, bantal, selimut

d.      Kelengkapan diri – berus dan ubat gigi, sabun mandi,  tuala dan sebaginya

e.       Pingan, sudu, garfu, gelas untuk makan minum (plastic)

Ibubapa/Penjaga diminta memberitahu pihak Sekretariat semasa pendaftaran perkara-perkara berikut (jika ada)

a.   tentang penyakit (asma, batuk, dsb) dan ubat-ubatan yang sedang diambil oleh pelajar

b.   mengenai diet atau pantang larang makanan anak jagaan ( seperti tidak makan daging)

c.   mengenai fisikal dan emosi pelajar (seperti takut gelap, tidak boleh tidur dalam sejuk)

 

Ibubapa/penjaga dijemput hadir untuk sesi keibubapaan seperti berikut:

Sesi :               Peranan Ibubapa Dalam Kecemerlangan Anak-Anak

Tarikh :          9 Julai 2010 (Jumaat malam Sabtu)

Masa  :            8.450 malam

Tempat :         Kantin Sekolah Keb Bukit Raya

 

Sesi :               Tip-tip Mendidik Anak dan X-files

Tarikh :          10 Julai 2010 (Sabtu Malam Ahad)

Masa :             8.45 malam

Tempat :         Kantin Sekolah Keb Bukit Raya

 

Sesi :               Perasmian Penutup

Tarikh :          11 Julai 2010 (tengahari Ahad)

Masa :             12.30 tgh

Tempat :         Kantin Sekolah Sek Keb Bukit Raya

 

Jumaat (9 Jul 2010)      Sesi Pelajar                                          Sesi Ibubapa

2.30 – 3.00 ptg                 Pendaftaran

3.00                                    Taklimat program

4.00                                    Suai Kenal / Ice breaking

5.00                                    Solat Asar berjemaah

6.00                                    Cergas Cerdas

7.00 mlm                           Makan malam / Solat / Refleksi 1

8.40                                    Isyak berjemaah

8.45                                    Solat Isyak                                            Motivasi Keibubapaan 1

9.00                                    Kumpul ramai-ramai 1                          Peranan Ibubapa Dalam Kecemerlangan Anak

10.30                                  Asimilasi 1                                             Bengkel berkumpulan – Penyelesaian Masalah

11.30                                                                                                  Minuman ringan / bersurai

12.00                                  Minum malam / tidur

 

Sabtu (10 Jul 2010)

6.00pg                                Solat Subuh / Refleksi 2

7.00                                    Cergas/Cerdas / Sarapan Pagi

8.00                                    Kembara Si Bisu

10.30                                  Kumpul ramai-ramai 2

11.30                                  Minum Pagi

12.00                                  Asimilasi 2

1.00 tgh                             Makan Tengahari/  Solat Zohor

2.30 ptg                             Sir Games

4.30                                    Solat Asar/Cergas Cerdas

7.00 mlm                           Makan malam / Solat Maghrib   

8.45 mlm                           Refleksi 3                                               Motivasi Keibubapaan 2  

9.00 mlm                           X files                                                     Kesilapan ibubapa

10.00                                                                                                 Tip-tip mendidik anak

10.30                                                                                                  x-file ibubapa

11.00                                  Minum Malam                                      Minuman ringan / bersurai

11.15                                  Tidur

 

Ahad (11 Mac 2007)

6.00pg                                Solat Subuh/ Refleksi 4

7.00                                    Cergas cerdas

8.00                                    Sarapan Pagi

8.30                                    Kumpul ramai ramai 3

9.00                                    Asimilasi 3

11.30                                 Minum pagi /Khidmat diri

12.30 tgh                           Majlis Penutup                                      Majlis Penutup

1.30                                    Makan tengahari/bersurai                   Makan tengahari / bersurai

Sekolah dan PIBG terhutang budi kepada CIMB Bank dan Yayasan Salam - Kem Motivasi Bimbingan Kasih 2 (BINGKAS 2) telah diadakan 7 - 9 Nov lalu.

Kem Motivasi Bimbingan Kasih 2 (BINGKAS 2) telah dianjurkan untuk pelajar tahun 4 dan 5 di Sekolah ini pada Jumaat 7 Nov hingga Ahad 9 Nov 2008. Lebih dari 130 orang murid telah mengambil bahagian. Kem BINGKAS 2 ini berjaya diadakan kerana sokongan dari pihak Yayasan Salam Malaysia dan CIMB Bank cawangan Balakong menerusi CIMB Community Link. En. Zulkarnain Adb Wahab, Pengurus CIMB Bank cawangan Balakong berkata, "kejayaan perkhidmatan bank ini bergantung penuh kepada komuniti setempat dan menerusi Community Link kita berharap untuk membantu masyarakat setempat".En. Ghani Ibrahim, Ketua Pegawai Yayasan Salam Malaysia menyifatkan perkongsian pintar sebegini di mana PIBG dan Sekolah berkerjasama dengan NGO dan korporat harus menjadi contoh demi menjana kecemerlangan pelajar. Pihak Sekolah dan PIBG mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih juga kepada AJK BINGKAS 2 terutama sekali ibubapa yang sama-sama bertugas melicinkan perjalanan program, dan guru-guru yang bertugas selama tiga hari dua malam tersebut.

Keberkesanan program amat dirasai pada malam kedua di mana ibubapa dijemput untuk menemui anak-anak mereka dalam sesi 'kesedaran'. Bukan hanya anak-anak mereka sahaja yang menitiskan air mata kesedaran, malah ibubapa turut dilihat sama-sama teresak-esak sambil memeluk anak-anak mereka.

Sambutan Israk Mikraj 2008 Peringkat Sekolah

Pada 9 Ogos lalu, Sek Keb Bukit Raya telah mengadakan sambutan Israk Mikraj dengan dipenuhi ceramah oleh penceramah jemputan, nasyid dan sebagainya. Sambutan yang sungguh meriak dan pernuh warna warni turut memberi kesedaran kepada pelajar Islam tentang kepentingan untuk solat lima waktu dan betapa pengorbanan Rasulullah SAW untuk menyampaikan syariat Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Alunan tasbih, salawat dan salam ke atas Junjungan Besar SAW memenuhi ruang udara sekolah sepanjang program yang bermula dari 8 pagi hingga 12.30 tengahari.  Turut hadir ialah Puan Hjh Halimah Dolan, Penolong Kanan HEM, dan semua guru-guru.

Sukan Tahunan SKBR 2008 diadakan pada 27 April (Ahad) dari pukul 8.00 pagi.

Pelbagai acara untuk para pelajar dan ibubapa disediakan.  Majlis yang penuh dengan warna-warni dan keceriaan dipenuhi semangat kesukanan, setiakawan, dan kesukarelawanan akan terserlah dikalangan kanak-kanak,guru dan ibubapa. Sukan merupakan satu aktiviti penting dalam membentuk keperibadian kanak-kanak yang tidak mengenal batasan agama, bangsa dan latarbelakang.

Acara tuip tepung dan lari "gostan" untuk ibubapa telah menjadi sebutan walaupun ianya telah berlalu. Acara untuk guru dan pentadbir sekolah telah diserbu oleh murid-murid yang ingin memberi sokongan moral kepada guru mereka. Kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan dan derma dari pelbagai pihak dalam menjayakan temasya ini.  Terutama sekali kepada penyumbang hamper terbanyak Pn Sakinah dan smbangan minuman Milo oleh Nestle. Juga kepada ibupapa yang membantu dan guru-guru dalam mengendalikan acara sukan ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dusun Tua, YB Ismail Sani.  Disamping itu turut hadir ialah Tn Hj Hisham Baba, YDP PIBG, Ketua Kampung Bukit Raya, Sungai Serai dan ketua-ketua masyarakat disekitar sekolah. 

Dengan kehadiran yang baik dari kalangan ibubapa, sambutan gerai jualan juga bertambah. Pihak PIBG mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En.Bidin, En.Samad, Pn Salina, Puan Siti dan Cikgu Zainuddin di atas kerjasama mempromosi dan menjual geria-gerai jualan. Majulah sukan untuk negara. (oleh Md Ghani Ibrahim)

Maxis Cyberlinq 2007 Competition

SK Bukit Raya with our project "Come Out N Learn" was in the 4th place in Maxis Cyberlinq 07 primary school category. This was our first attempt in this competition, which was participated by schools and communities nationwide; we did quite well.  Even though we had not won the coveted grand prize, at least we brought our school in the eyes of other well known schools and our team learnt a lot. Each participant and team took home certificate of participation, cash prizes and goodies from Maxis. We take this opportunity to thank Pn Hjh Halimah Dolan, the Headmistress, Tn Hj Hisham Baba, Chairman of PTA, Cikgu Zainuddin, Cikgu Noradilah and Pn Siti Norzura for their support and contribution.  This turn of event was a very good learning experience for all of us. During the prize giving dinner on 17 December 2007, Pn Hjh Roslima, Tn Hj Hisham and wife, Pn Siti Norzura, En Borhanuddin, were present alongside team members. Words of consolation from Pn Hjh Roslima, Tn Hj Hisham and other parents were of great help to our visibly upsets members.  For more details on the project, please go to www.skbukitraya.net.my/comeoutnlearn

by Md Ghani Ibrahim, Advisor ComeOutNlearn

Adik Syazana and Nadhirah receiving prizes & certificates from Mr. Sandip Dass, CEO Maxis Communication Berhad

Selamat datang ke laman web Sekolah Kebangsaan Bukit Raya. Laman web baru ini mula beroperasi dari 23 Julai 2007.

Laman web lama masih boleh dilayari di :
http://www.geocities.com/skbktr/index.htm
http://www.geocities.com/skbktr3/index.htm
http://skbr2.tripod.com/index.HTM
Walaubagaimanapun, kami tidak akan mengemaskini laman web lama ini dan akan kekal seperti sedia ada.

Laman web ini akan menjadi satu titik tolak dalam sejarah SK Bukit Raya untuk memanipulasikan kepelbagaian sumber dalam internet. Laman web ini juga membawa
misi untuk membekalkan maklumat kepada orang ramai; masyarakat setempat khususnya mengenai perjalanan sekolah dan diharap ia dapat merapatkan lagi hubungan antara sekolah dan komunitinya.
Melalui laman web ini juga, sekolah ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid dalam mempelajari kemahiran menggunakan komputer dan internet. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menggunakan sumber ICT dalam pengajaran seharian.