Terletak di kawasan Kampung Bukit Raya, Jalan Hulu Langat Selangor, sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1999 di bawah Cigku Jaffar sebagai Gurubesar pertama. Sekolah Kebangsaan Bukit Raya telah menerima pelaporan diri Pn Halimah bt Dolan sebagai guru besar yang baru pada 2 Disember 2004. Pn Halimah bt Dolan adalah guru besar yang ketiga menggantikan Pn Marianah bt Mohd Yusuf yang telah pulang ke tanah tumpah darahnya, Sabah Negeri Di bawah Bayu pada 26.10.2004 lalu.

Dikelilingi kehijauan taman dan persekitaran yang ceria, Sekolah ini dilengkapi dengan sebuah makmal komputer yang canggih, sebuah pusat sumber, padang permainan, makmal sains, bilik rawatan, surau, padang permainan, unit pendidikan khas dan sebagainya

Teraju SK Bukit Raya islah Pn Halimah bt Dolan, yang sebelum ini berkhidmat sebagai guru besar juga di SK Ampang Campuran. Beliau memulakan tugasnya di SKBR mulai hari Isnin, 6 Disember 2004

 

Visi Sekolah

Menjadikan sekolah sebagai tempat melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, dan berwawasan seiring dengan kehendak Falsafah dan Aspirasi negara

 

Misi Sekolah

Sedia melahirkan insan yang kamil. Ke arah melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Bersungguh-sungguh dalam melahirkan murid yang cekap dan pantas dalam menguasai asas pendidikan sekolah rendah. Rancangan yang menjurus ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sekolah

 

Piagam Pelanggan Sekolah

Kami warga Sekolah Kebangsaan Bukit Raya dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan berusaha sepenuh tenaga untuk:-

> Mendorong murid-murid ke arah perkembangan intelek yang dinamis dan mencapai kecemerlangan akademik

> memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas 3M pada akhir tahun 6 persekolahan

> Menjadikan sekolah sebagai satu institusi pendidikan yang unggul, budaya penyayang dan kerja yang cemerlang

> Mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, ceria dan kondusif berasaskan Sekolah Dalam Taman dan menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal yang lengkap.

> Melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.

> Memastikan 100% penglibatan murid Tahap II dalam ko-kurikulum

> Berazam untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid, ibubapa, guru-guru, masyarakat sekitar dan pihak luar.

 

Hubungi kami di

Sekolah Kebangsaan Bukit Raya

Jalan Hulu Langat, 43200 Charas Batu 9

Selangor, Malaysia

Tel/Fax: (603) 90757527

info@skbukitraya.net.my